Cart 0

25 April 2022 - Police report lodged on fake honorary doctorate awarding NGO

25 April 2022 - Police report lodged on fake honorary doctorate awarding NGO
25 April 2022


Hari ini saya telah dipanggil oleh Pegawai Penyiasat Balai Polis Putrajaya untuk memberikan penerangan berkenaan laporan polis terhadap NGO-NGO yang mengeluarkan ijazah kedoktoran terhormat yang palsu dan tidak diiktiraf.
Ini berlaku susulan saya melaporkan kes ini di Balai Polis Cyberjaya atas nasihat pegawai penguatkuasa MOHE yang bertanggungjawab hari ini. 
Sepertimana saudara-saudari kenalan maya saya ketahui, saya telah melaporkan kes ini pada 4/4/2022 kepada MOHE & MQA. Selepas itu, saya telah melawat MOHE hari in bersamaan 25/4/2022 untuk mengetahui perkembangan kes ini. Saya juga telah turut menghantar satu lagi surat rasmi berkenaan kes ini kepada pejabat menteri pendidikan, KSU menteri pendidikan dan TKSU menteri pendidikan.  


Saya sempat memberikan bukti-bukti terkumpul dari orang ramai dan penerangan terperinci mengenai pertubuhan yang mengamalkan aktiviti terhina ini. Saya juga turut menekankan kemungkinan impak terhadap orang awam dan reputasi pendidikan negara Malaysia disebabkan oleh kelakuan segelintir orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. 


Penyiasatan akan dibuat dan semua yang terlibat termasuk NGO dan penerima-penerima Ijazah palsu akan disiasat secepat mungkin. Yang berkenaan akan dibawa ke muka keadilan. 


Saya berterima kasih kepada IO kes ini kerana memberikan perhatian teliti terhadap kes ini dan menasihati saya untuk mengambil beberapa langkah lagi untuk merancakkan penyiasatan ini. Saya akan buat yang terbaik untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa.
Adalah diakui bahawa NGO terhina ini menjadi dalang merosakkan imej dan kredibiliti anugerah kedoktoran di Malaysia. Dalang-dalang ini telah berkeliaran sekian lama di Malaysia menjalankan aktiviti mereka secara terbuka. 


Adalah sedia maklum bahawa penerima ijazah palsu ini merangkumi para usahawan, peniaga bisnes sendiri, ahli korporat, ahli parti politik dan sebagainya. Mereka mengambil cara singkat untuk mendapatkan anugerah ini untuk tujuan membuktikan kewibaan peribadi. Malas dan bodoh, kalau disimpulkan. Itulah hakikatnya. 


Mengikut penyataan IO untuk kes ini, sesiapa yang didapati menggunakan gelaran ‘Dr’ yang tidak diiktiraf atau palsu boleh disabitkan kesalahan jenayah. Orang awam dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya mendapat maklumat tentang penerima anugerah kedoktoran palsu yang dianugerahkan oleh NGO-NGO berikut:


1. Malaysia Bharath India Chamber of Commerce 
PIC: (Datuk Seri Dr) Dhatchinamoorthy Daruman


2. Malaysia South India Chamber of Commerce
PIC: (Dato' Sri Dr) S. Venugopal, President of Malaysia~South India Chamber of Commerce


3. Gandhi Peace Foundation 
PIC: (Dato Sri Dr) Shankar Nair


4. The Malaysian Honorary Doctorate Organisation
PIC: (Prof. Emeritus. Major. Dato. Dr.) SamRaj Arumugam


Saya akan teruskan usaha saya dalam kes ini selagi ada satu jalan penyelesaian untuk membawa semua yang tersabit ke muka keadilan. 


Terima Kasih.


Dr Siva Prakash Ramasamy




Newer post