Cart 0

15 June 2022 - Keputusan SPM 2021

15 June 2022 - Keputusan SPM 2021

Keputusan SPM akan keluar pada hari Khamis, 16/6/2022.

Apa harapan yang boleh utarakan?

Walau apa pun keputusannya, anda harus berasa bangga dengan diri anda kerana telah melengkapkan 11 tahun persekolahan rendah dan menengah yang penuh dengan memori! Anda semua pasti akan merinduinya dan terus menghayati memori ini untuk tahun-tahun yang akan datang.

Anda semua bakal memulakan bab baru dalam hidup anda, jadi adalah penting bagi anda semua untuk membuat pilihan yang tepat supaya anda semua dapat mengemudi hala tuju masa depan anda.

Sebahagian daripada anda mungkin pernah terlintas 2 soalan penting ini:
1. Adakah institusi awam lebih baik daripada institusi swasta?
Tiada kajian yang mengesahkan mitos ini kerana kedua-dua institusi ini mempunyai kelebihan dan keunikan mereka sendiri. Tidak kira anda ingin meneruskan hala tuju anda ke institusi awam atau swasta, pastikan pilihan anda membawa anda untuk mencapai cita-cita anda.

Ingin saya tekankan, pilihan ke institusi awam harus menjadi pilihan pertama anda kerana di institusi awam, yuran pengajian jauh lebih murah daripada institusi swasta. Malah, anda jugak mungkin layak untuk mendapat biasiswa bengantung kepada keputusan SPM anda.

Kepada mereka yang tidak layak ke institusi awam, anda boleh ke institusi swasta tetapi pastikan anda terokai seberapa institusi yang ada supaya anda dapat membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan kemampuan serta kesesuaian anda.

2. Jika saya gagal SPM, adakah saya harus mengulangi peperiksaan SPM atau melangkah ke alam pekerjaan?
Cadangan saya adalah untuk mengulangi peperiksaan SPM tapi ingat, kali ini anda harus mencorak langkah anda dengan lebih gigih!

Anda juga boleh membuat pilihan untuk berkerja, cuma ingin saya mengingatkan anda supaya anda memilih kerjaya yang dapan anda maju dan anda minat dengan kerjaya tersebut. Walau apapun kerjaya yang anda pilih, jangan sesekali berhenti untuk menambah ilmu! Anda boleh sentiasa membuat kursus-kursus jangka masa pendek yang dapat meningkatkan tahap kerja anda.

Jika anda masih keliru dan tidak dapat membuat pilihan yang tepat untuk anda, anda boleh merujuk kepada Dr Siva Prakash. Beliau berpusat di Batang Kali, menawarkan sesi khidmat nasihat secara PERCUMA kepada pelajar-pelajar di Hulu Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program bernas daripada beliau, ikuti laman Facebook atau Instagram beliau di @drsivaprakashmuda.

Akhir sekali, biar apa sahaja pilihan anda, pastikan anda ikut naluri anda serta bakat yang anda miliki.

Semoga berjaya semua!

Dr Siva Prakash Ramasamy
Doktor pentadbiran perniagaan (DBA)
Ketua Parlimen MUDA Hulu Selangor
Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan MUDA Selangor

https://youtu.be/5G8-_KWtJv4



Older post Newer post