Saya ada tiga soalan dan cadangan jawapan seperti berikut.
1. Memang trend GLC ini untuk naikkan gaji orang atasan syarikat yang mengalami kerugiankah
Jawapan: Duit rakyat adalah duit dia. Inilah yang dimaksudkan cash is rakyat.
2. Ke manakah perginya prinsip asas perniagaan
Jawapan: Kerajaan zalim memang tiada apa-apa prinsip melainkan prinsip kuasa.
3. Siapa pemegang saham terbesar FGV Holdings ini?
Jawapan: Kerajaan Malaysia (67.5%)
Dikala harga barang runcit yang bakal meningkat dan menyusahkan rakyat jelata, apa inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia?
Rupa-rupanya, kerajaan mengambil tindakan spontan untuk membantu segolongan rakyat Malaysia mulai 24 June 2022.
A. Gaji elaun pengerusi (NEC) dinaikkan sebanyak RM15,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan. Dia juga menerima RM32,000 sebulan sebagai pengerusi Sustainability board. Pada masa yang sama, dia juga menerima RM40,000 sebagai pengerusi investment committee. Kenaikan RM8,000.
B. Seramai tujuh orang NED akan menerima RM12,500 sebulan. Kenaikan RM2,500 sebulan.
C. Elaun meeting untuk NEC dan NED adalah RM2,000 untuk setiap meeting. Tahun lepas ada 48 meeting! Hampir setiap minggu RM2,000 seorang.
D. NEC juga akan menerima sebuah kereta 2000 cc dan elaun RM180,000 setahun.
Ini membuktikan sekali lagi pemerintahan dan pentadbiran tiris pihak-pihak tertentu.
Rakyat Malaysia terutamanya penduduk FELDA harus fahami situasi ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dr Siva Prakash Ramasamy
Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA)
Ketua Parlimen Parti MUDA Hulu Selangor
Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan Parti MUDA Selangor
Parti MUDA Hulu Selangor
Parti MUDA Selangor
#mudasudahmula
#drsprkp
#MaraLahHuluSelangor
#MUDAHuluSelangor
#MUDASelangor
24 June 2022 - Peneroka Felda terus dianiayai dengan sikap sewenang-wenang orang atasan FGV
← Older post Newer post →