Cart 0

09 June 2022 - Kementerian memperuntukkan RM10 juta untuk komuniti B40 luar bandar

09 June 2022 - Kementerian memperuntukkan RM10 juta untuk komuniti B40 luar bandar

Kementerian memperuntukkan RM10 juta untuk komuniti B40 luar bandar

RM10 juta diperuntukkan oleh Kementerian melalui agensinya untuk Program Peningkatan Pendapatan bagi masyarakat luar bandar serta memastikan bekalan makanan untuk negara.

Saya mengalu-alukan program seperti ini, namun, saya khuatir program ini akan menjadi seperti program-program lain dibawah pemerintahan tiris kerajaan BN & PN ini.

Kerajaan haruslah mengamalkan tranperancy dalam pengagihan dana melalui kononnya agensi-agensi kementerian. Kita sedia maklum tentang program seperti ini sentiasa memberikan keuntungan luar biasa kepada kroni-kroni kerajaan dan tidak memanfaatkan majoriti rakyat B40 yang disasarkan.

Setiap Kementerian yang mengenalkan apa-apa program yang melibatkan wang rakyat haruslah membuat satu ‘tracer study’ untuk mengenalpasti pengaliran wang berperingkat dan mengesan manfaat-manfaat daripada program itu dalam jangka masa panjang.

Tracer study harus menjadi satu ‘KPI’ wajib untuk mengelakkan pembaziran dan rasuah di kalangan agensi-agensi kerajaan yang kebiasaan-nya dipengaruhi oleh kroni-kroni Pak Menteri.

Kalaulah kerajaan dan menteri kita boleh berfikiran jauh, tak adalah rakyat sengsara dengan kekurangan stok makanan dan terpaksa menghadapi peningkatan harga barang mendadak di Malaysia.

Itulah sebab kita perlukan politik baru di Malaysia. Jangan berharap orang lama akan buat perkara baru.

Fikirkan!

https://newswav.com/A2206_LFLgaE?s=A_WMNZ0z3

Dr Siva Prakash Ramasamy
Ketua Parlimen MUDA Hulu Selangor
Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan MUDA Selangor

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Parti MUDA Hulu Selangor
Parti MUDA Selangor
Parti MUDA

#mudasudahmula
#drsprkp
#batangkalimaju
#batangkalihebat
#MaraLahHuluSelangor
#MUDAHuluSelangor
#MUDASelangor